Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 19, 2010

MASAK LEMAK KUNING IKAN KEMBUNG

Salam dan selamat petang buat semua...mood masak2 teramat lah merudum dua tiga menjak ni, badan pun rasa letih dan penat je. Bukan penat apa, penat pergi kenduri dan penat makan2 free, akk pun masak yang simple2, kuih2 minggu ni belum buat lagi. tengah hari tadi akk masak lemak kuning ikan kembung dengan kacang buncis, best juga lama tak masak camni. Masak lemak kuning ni tak ada bahan2 yang istemewa, akk guna 3 biji bawang merah, kunyit hidup,sedikit lengkuas......blenderkan semua. Ikan dipanggang terlebih dahulu, akk guna oven je, lumurkan garam kunyit n bakar sekejap. Macam biasa santan,garam,asam keping serta serbuk perasa kalo suka. Didihkan, kemudian masukkan ikan...pas tu kacang buncis, sesuikan rasa...siap.
:~





Ini pulak pucuk ubi dicelur segar dari ladang akk heheh.....ada lah sepokok akk tanam, makan cicah ngan budu emmmmmm best sangat

2 comments:

salam liza.
kecurnya tgk lemak ikan kembung dgn pucuk ubi celur tu. sedap sgt mcm dah terasa2 kat lidah. hehe...
 
Salam anis...pucuk ubi yg segar n muda gitu mmg best,tp kalo yang beli selalunya daun bukan pucuk lagi heheh. kat KB ada ke org jual pucuk ubi ek anis,rasanya mcm payah je nak dpt
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...