Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, November 18, 2011

AYAM SOS SIAM

Berkenan sunggu bila tgk rumah Cikgu Nani dok buat tayangan amal ayam sos siam ni.  Makanya esok je lepas dia tayang tu akk terus masak ayam sos siam ni, lagi pula boleh dikatakan selang sehari menu ayam untuk anak2. Akk buat dengan beberapa ketul ayam untuk sekali makan je. Tengok anak2 makan macam best sangat, akk tak makan pun tak leh nak cakap lah macam mana. Bila tanya juri2 yang bertambah nasi tu..emmmm besttt, tambah nasi tambah lauk.


AYAM SOS SIAM

Resepi: Kak Ummi @ Home Sweet Home
Sumber : Nuwairani ismail - Nani
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan (anggaran):-
1 ekor ayam sederhana besar - dipotong 8 - 10 bahagian
15 tangkai cili padi thai *
4 ulas bawang putih * (bahan * ditumbuk halus)
1 labu bawang besar - dihiris
1/3 cawan sos cili
1 - 2 helai daun kunyit - dihiris halus (kalau nak letak daun limau purut pun terpulang la) -nani ganti daun kari - daun kari juga
sedikit gula (optional) - nani tak bubuh pon- akk x boh
minyak masak secukupnya
sedikit garam dan serbuk kunyit
CARA NAK BUAT:-
1. Bersihkan ayam dan toskan. Lumur ayam dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya. Perap 20 minit.  Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
2. Keluarkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar dan tumis bawang besar dan bahan tumbuk tadi hingga naik bau.
3. Masukkan sos cili dan kacau rata dan biar hampir kering sikit.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata-rata. Seimbangkan rasa. (akak x letak dah garam, cukup yg digunakan untuk menggoreng ayam tadi jek) -nani pon dah tak letak garam sebab sos cili dah memadai
5. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan kacau rata sebentar. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih...Selamat Mencuba :=)
asyik2 pinggan ni je buat posing heheh, 
sedap je bau masa tumis tu, harum bau daun kari. kalo dulu anak2 akk memang tak suka kalo akk boh daun kari dalam masakan apa2 pun, busuk la, mcm2 lagi, tapi la ni akk bubuh daun kari pun ok je, sedap je jawapannya. Sayang pula rumah akk ni banyak sangat pokok kari, kalo tak guna ulat jelah yang makan, dan ada juga orang yang curi2 ambil ( ya lah tak minta tu tak ke namanya curi heheh, tapi tak apalah daun banyak kira bersedekah jelah, tapi patut2nya minta dulu lah sebab ada tuan pokok, lagi pula akk yang tanam dan jaga,  eh  termengumpat lak).

14 comments:

as-salam
Waaa sedapnye lauk ayam sos siam..
npk menyelerakan...
 
assalam Rosa,
memang namp[ak sedap sangat... tambahan lagi ada daun kari, tentu aromanya menaikkan selera!
 
Selamat pagi Embun
waa dah berjangkit-jangkit la menu ayam sos siam ni..apa rasa dia ek? emm mesti wangi bab aroma daun kari tu kan..
 
Kalau dah bertambah2 nasi dalam pinggan tu confirm sedap...ramai dah tgk kengkawan masak menu ni...ingat2 nak cuba jugak lah...:)
 
Kak.. pinggan tu memang sesuai dengan ayam tu. Nampak ngam..hehe
 
Assalam K Rosa...
K Rosa pun dah try ayam sos siam ni... rata2 kata best, nurul nak try juga nanti... :)
 
wahh.. tun dh byk kali tgk ayam ni, nnti tun k buat jugak la..nmpk cm sedap je akak masak.
 
Assalam kak,sy dah 2kali wat ayam nih,sbb sng,bahan simple n yg penting sedap..Sy pon byk dun kari dpn ummh kak,tapi jiran2 mmg kalo nak amk kna mnta dlu,coz da pagar,hihi..
 
Assalamualaikum akak... ayam sos siam nie mmg sedap sesgt kan akak.. sedaaap!!
 
memng nmpak sedap....nak kena try jugak ni....
 
assalam kak rosa..rmai dah yg menerai ayam sos siam ni..masuk list lama dah ni,ntah bila nak sapa seru..

Ish..pinggan mahal ni wat posing, bukan baru beli sebulan dua..ni agak2 sama umur ngan adik mu ini..cerr tangkap gambo kat montot pinggan tuh..mesti ada cap mohor nyer..
 
salam kak liza..pekaba...sedapnye ayam sos siam ni...foodies ala2 thai mmg feberet sy kakkk... nyumnyum
 
Assallamualaikum Kak Rosa..
Wah akak pun dah buat ayam ni yer? Sedapnya nampak lauk ni.. Naz nk sikit utk mkn lunch ni boleh Kak??
 
a'ah..cam sedap je ayam sos siam ni..nk try wt r kt umah...he3
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...