Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 22, 2011

KARI DAGING ~ secubit garam

Tahniah..tahniah..tahniah buat semua pemain Malaysia, berkat doa rakyat Malaysia semua, Malaysia berjaya meraih pingat emas, alhamdulillah. Puas hati tgk hingga ke pukul 12.00am. Terima kasih juga buat pengadil yang sangat adil dan cool , nampak sangat tak ada sikap pilih kasihnya . Syabas sekali lagi buat Harimau Muda.


Bercerita pasal menu kari daging secubit garam  pulak ya. Bukannya akk letak secubit garam ya, sebenarnya ambil resipi  kat dapur KNor secubit garam. Sesekali layan kari daging best juga, akk selalu masak kari tak letak rempah 4 sekawan pun, simple2 je kari kesukaan akk n famili ni. Tetapi kekadang tu akk suka juga makan lauk kari yang orang laon masak, ada yang menepati citara rasa dan ada yang jauh lagi nak kena ngan citarasa akk ni. Macam2 pesen kari ada yg suka cair je dan ada yang pekat, ikut selera dan kesukaan famili masing2. 


Bila di google2 terjumpa blog K Nor Secubit Garam. Cara kak nor masak kari sama macam akk, cuma selalunya akk tak boh daun kari je dan guna asam keping. Kali ini buat stail   kak nor pula. Tapikan alangkah gembiranya kalo dapat makan hasil air tangan kak nor kan heheh. Oppps... ni daging yang beli ya, daging korban dah lama habis hehe. 


Minta izin ya kak nor saya nak c n p resipi kat sini, terima kasih banyak2.






KARI DAGING
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan:
500gm daging ~ dipotong- daging akk siap di rebus dah
2 sudu besar cili mesin- akk tak letak anak2 yg kecil x tahan pedas
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1in halia * ~    * (diblend)
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 biji ubi kentang ~ dipotong
3/4 cawan santan pekat  - akk guna 1/2 biji kelapa
3 cawan air
air asam jawa
garam
gula- sedikit gula melaka
2 tangkai daun kari


Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend.
Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari, tumis hingga pecah minyak (utk menghasilkan tumisan yg pecah minyak dgn elok bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air)
Kemudian masukkan daging dan goreng lebih kurang 10 minit.
Masukkan ubi kentang dan 1/2 cawan air dan masak lagi lebih kurang 15 min, kemudian masukkan lebihan air.
Masak hingga daging hampir empuk dan masukkan santan dan masak hingga mendidih (kacau sentiasa supaya kuah tidak naik kepala)
Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Masak hingga kepekatan kuah yg disukai.
Sedap dimakan dgn nasi putih dan juga roti jala.


buat untuk lunch , mlm tu kami makan cicah roti gardenia, sedap, rasa mcm mkn gulai cicah roti  kat kampung pula

11 comments:

as-salam
mmg nampak sedap...mkn dgn roti jala pun sedap ni...
 
assalam kak rosa, bila tgk gulai dgg teringat dulu2 org wat cukur jamhui budak kecik hehehe.Sedap tuh..meh la mangkuk tingkat gulai daging tuh..roti tadak eh?xpe roti cheq beli sndiri la..
 
sedapnya kari daging...mesti daging tu lembut je sebab dah rebus dulu ye Rosa...
 
cicah dgn roti canai sedap ni....
 
Salam Kak Liza..Sedapnya kari daging...Buat cicah roti canai pun best ni
 
Cicah ngan roti bata mmg best ni. Buh gula sikit dlm gulai tu..
 
Kari daging..sedapnyaa klu dpt cicah dgn roti nii..nyumnyumm
 
Assalam kak, saya dtng bawa roti ni kak nk cicah ngan kari akak ni...sedapnya:)
 
saya hari ni kalau dak nak masak gulai kari gak..tapi malas pulak tiba2..terus simpan balik ayam..heheheh...sedapnya suka makan kari...:)
 
sdap 2 klo dpat cicah roti...slurrp...hihi
 
sedapnya kalau dapat cicah ngan roti....
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...