Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, May 18, 2012

PULUT SERIKAYA

Selamat malam buat semua, memalam baru nak menyapu sawang rumah maya. Pulut serikaya resipi Yatie ni selalu akk buat, kadang2 tu tak ambil gambar langsung. Akk anak beranak mmg suka pulut seri kaya ni, dan nak membuatnya pun senang saje. Sekali lagi minta izin ya Yatie akk nak tepek resepi kat sini untuk rujukan masa depan :~ 




PULUT SERIKAYA
resepi : yatie memories
kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com


Bahan-bahan

* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah

  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah/brown sugar/gula melaka
* 1/2 cwn gula pasir
* 2 biji telur
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir) - akk tambah daun pandan
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit) - akk tak letak

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin
Sapa2 nak buat untuk sarapan pagi esok boleh lah godek2 sekarang...

10 comments:

menyelerakan...
syangnya beras pulut x dek stok la kat umh........
teringin la nak buat...
 
Salam Rosa..nampak sedap pulut serikaya ni.Jarang buat kuih ni...
 
Cedapnyer... suka suka suka..
 
Assalamualaikum Kak Rosaliza,
lama tak singgah sini, harap akak baik2 saja...suka tngk kuih akak yg cantik ni..halus mulus je permukaannya..lama betul yatie tak buat, jadi teringin lerrrr..nmpk gaya kenalah buat ni..tq kak sudi mencuba dan kena dngn selera akak..
 
assalam kak rosa...nani belum konfiden lagi nak buat kuih yg guna beras pulut. nani dah deactivate akaun fb buat sementara waktu. nanti kalau dh on baik nani gitau.
 
assalamualaikum kak rosaaa ^^
sedapp!!!! tun suka makan pulut serikaya nih. dh lama betul x makan. nk buat sendiri malas ;p tun kalau pagi2 mkn pulut, sepanjang hari laa badan ni berangin. tp kalau dh terliur tu, tun bantai je. hihi
 
assalam rosa..sedapnya..akak suka makan kuih yang ada pulut..
 
salam kak..lama x singgah tgk resepi akk..
ieja x pernah buat kue ni..selalu tu buat serimuka je..ieja salin resepinya dulu..mana tau len kali leh try buat..
 
Assalam kak rosa sedapnya,kalau dekat dah hulur piring dah<3
 
haaa...ni laa yg aritu nak buat!sanggup beli pulut tu...sekali jadi pulut kukus lak..makan ngan rendang.hahaha... ni akak tayang lg rasa nak mmbuat tu kembali membuak2..tp pulut lak habis stok..nak kena suh cik abgku itu nuai beras kat kedai nih.. cntik laaa kejadian kuih akak tuu..kemas je potongannya
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...