Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 31, 2012

BUTTER PRAWN @ UDANG MENTEGA

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin 31.12. yg merupakan hari terakhir untuk tahun 2012 dan ini adalah N3 pertama untuk hari ini. Hajat hati nak letak byk sikit N3 tertunggak tahun ini. Hurmmm nampaknya bersemangat waja dan gigih  rasa ni, harap2 dapatlah dilaksanakan, insyallah.

Butter prawn ni sangat sedap walaupun hasilnya tak menjadi sangat, tapi rasa dah menjadi sikit, masa memula kawen dulu adalah akk buat sekali mmg tak jadi langsung juraian itu, mcm telur hancur je. Rasanya kalo buat lagi lepas ni insyallah menjadi mcm K.NOR kut. Terima kasih kak nor yg berkongsi ilmu, semoga Allah memberkati segalanya. Kalo nak tgk butter prawn yg sanagt cantik bolel la ki rumah kak nor ya



BUTTER PRAWN
resipi asal : Nita
sumber : K.Nor@SecubitGaram
kongsi bersama : embunrosaliza

Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam 
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. 

Cara K.Nor:
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat sket jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya. Cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur. 

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia


Agaknya adunan telur akk tu pekat sikit, pas tu akk picit bagi laju keluar, makanya jatuh lah telur tu besar2 hehe.

p/s n3 pertama hari ini selamat publish dah

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...