Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 11, 2013

TART TELUR

Selamat petang jumaat buat semua. Tart telur ni akk buat sekali ngan cis tat  hari tu. Kali kdua buat tat telur ni, sedap. Tak ada idea nak taip panjang2 , gagah juga nak letak n3 hari ni.

Siap melimpah ruah lagi filling tu, kalo buat tart telur rasanya lagi elok guna acuan besar sikit mcm yg akk guna 5.5cm.

TART TELUR
Resipi : Hanis @ myresipi
Kongsi bersama : Embunrosaliza

Bahan-bahan ( 30 keping )

  • PASTRY
  • 200g butter
  • 80g gula aising
  • 360g superfine flour
  • 1biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • FILLING :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • pewarna kuning

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung sampai jadi doh.
  4. Ratakan setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung. Dan bakar selama 10min pada suhu 180.
  6. Keluarkan dan masukkan filling. Bakar lagi 10 min.
  7. Untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.

Masa buat dulu akk masak sekejap filling tu, tapi kali ini terus letak je, lagi sedap mcm ni, 

6 comments:

Lama sangat berangan nak buat tart, telur ke tart apa ke tapi tak terbuat jugak! jamu mata ajelah di rumah Rosa ye!
 
Sedapnya...teringin nak buat sendiri tapi takut tak menjadi...
 
makan sedap tart tu kak rosa,,tp nak buat tu..tak berani...hehe
 
assalam rosa..akak pun suka makan tart telur ni
 
Ermmm sedapnya egg tart...lemak terasa...
 
Slm kak rosa.. sedapnyer tat telur. tun suka mkn yg kecik2, laju je masuk mulut seketul2.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...