Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 23, 2013

SIAKAP TIGA RASA @ SIAKAP SAMBAL/ BERLADO

Assalamualikum buat semua, hari ini dh masuk 14 hari kita berpuasa, kat rumah ni menu ayam yg wajib msk ikan mcm ni cuit2 sikit je, walaupun masa tal [posa memang ikan kesukaan. Nampaknya bulan posa ni akk je lah yg menghabiskan ikan, pulak tu ada lagi 2 ekor tak tau nak msk apa. Serius ikan msm mcm ni sedap sangat, lembut n manis isi ikan tu. Tq Linapg berkongsi resipi best ni


SIAKAP TIGA RASA

Bahan-bahan 

  • 1 ekor ikan siakap (apa2 jenis ikan pun boleh)
  • 5 biji cili hijau (dikisar)
  • 2 biji cili merah (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 biji tomato (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 1cm halia (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • Daun ketumbar (dihiris)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan tepung jagung 
  • Sedikit hirisan nenas - rosaliza x letak
  • Garam + Kunyit
  • Minyak
  • Air
  •  1 SB gula - Rosaliza tambah

Cara-cara

  1. Ikan dibersihkan, lumurkan dengan garam kunyit dan tepung jagung.Goreng hingga garing dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan sos tiram kacau lagi.
  3. Masukkan air ikut citarasa (jika ingin berkuah, lebihkan air).Tunggu hingga kuah mendidih.
  4. Masukkan cili merah, cili hijau dan daun ketumbar.Kacau sebentar.Tuangkan kuah ke atas ikan.
  5. SELAMAT MENCUBA


Rasa sambal tu best ala2 sambal keli berlado, sangat2 suka dan sedap bila di mkn dgn ikan yg lembut mcm ni

4 comments:

Assalam kak rosa..terliur pulak tengok ikan siakap ni, semalam pi cr stok tapi suma ikan dah lunyai..kansel..terus sambar ayam n daging jer..

Hurm ntah la kan tekak budak2 ni asyik makan ayam jer..tak reti jemu lak tu..
 
Lama dah tak jumpa siakap di pasar... isinya lembut ajekan Rosa, sedap tu masak 3 rasa! Anak-anak suka.
 
Alaaa kak, macam tau2 jer kan kita nak resepi ikan siakap...hehehe...
 
wowww!!! sangat lah mengiurkan.. sedapnya lahai..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...