Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 21, 2013

AGAR - AGAR SANTAN SIRAP ROS

Assalamualikum buat semua, tgh2 hari mcm ni apa kata kita buat tayangan amal penyejuk anak tekak. Alkisahnya, ...... memula tu akk masak agar2 merah sirap rosa  rose  biasa je, pas tu rasa mcm bosan je mkn yg kosong gitu je, agar2 ni anak2 kat rumah memang tak suka nak mkn. Untuk menghabiskan baki agar2 tu akk masak balik. Agar2 memang boleh di masak balik kalo tak habis dimkn utk tambah perasa lain,,. Nak buat agar2 santan gula merah memang tak sesuai la,  dh letak kaler merah pink ni dan sdah di manis dgn gula, jadi akk pun google la cari resipi, jumpa kat dapur Nadz, yg menghitung hari menanti kelahiran cahaya matanya . Naampak pun simple je nak buat tu, siap dgn tips atau panduan lagi, boleh la copy n paste sebagai rujukan. Tq ya nadz.



AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE
Kongsi bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
  • 200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit) Rosaliza guna santan serbuk +1 cawan air
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu rosaliza tapis dulu
  • Secubit garam
  • 1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...


TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Banyak orang yang tertanya-tanya kenapa bila membuat agar-agar santan, tidak mendapat 2 lapisan seperti yang sepatutnya walaupun masing-masing selalunya dah ikut betul-betul resepi yang mereka guna. Jadi, tipsnya ialah selepas memasukkan santan ke dalam periuk, biar adunan menggelegak lama sikit dalam 1 minit atau lebih. Ataupun, selepas masukkan santan, bila adunan mula mengelegak, kuatkan api dapur hingga adunan mengelegak kuat. Tapi kena hati-hati jangan sampai adunan membuak dan melimpah keluar dari periuk. Kacau-kacau adunan dalam 1 minit. Insyallah..confirm anda akan mendapat hasil agar-agar yang mempunyai 2 lapisan selepas keras nanti.
  • (edited-13/09/2012) Kalau yang suka lapisan santan tu nipis jer, kurangkan kuantiti santan di dalam resepi ye. Nanti dapatlah lapisan santan (yang bahagian atas tu), nipis sikit berbanding dengan bahagian bawahnya.

boleh lah sapa nak buat open house tu buat agar2 mcm ni, memnagtak rasa hanyir telur dan tak bau telur langsung.

6 comments:

sy pun suka agar2 cmni...
 
tun baru tau agar2 boleh di masak semula! haha.. thanks kak ^^
 
Pernah jugak buat tapi tak mendapat 2 lapisan yg cantik mcm akak buat...kena buat semula ikut petua akak...psssttt tak sabar nak buat ni..hihihi...
 
@MulutPayau
sekali sekala tuko selera n tuko kaler kan hehehe..
Sedap jugak wat camni..kaler pun sweet jer
 
SHRMZB wat liza sekeluarga ye!
 
ermmm...Nampak nyaman betul agar2 santan ni...sure cepat laku klu ada dekat kita skrg..
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...