Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 1, 2013

BISKUT CONFLAKES RANGGUP

Assalamualikum buat semua ramadhan yg ke 23 lagi, masing sibuk depan oven nampak gayanya, dan ramai juga yg mencari resipi biskut raya, akk pun sama suka je tgk resipi yg simple2 dan sedap. Biskut ni dh lama akk salin resipi dari rumah Yatie, Kelmarin buat satu adunan dan semlm pun buat 1 lagi, senang sangat tu yg akk suka dgn resipi mcm ni, bahagian testing ramai kat umah ni, habis juga lah setengah balang bahagian test je heheheh, tu yg buat. Akk guna coklat cips, anak2 kata ceri tak best diorg tak mkn.
Gambar tak cantik pulak, buat lepas sahur, siap je terus snap gambar, jadi kelabu asap huhu, janji sedap dan ada resipiitu yg penting

BISKUT CONFLAKES RANGGUP
Resipi : Yatie Sinar Kehidupanku
Kongsi Bersama : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan-Bahan 
  • 250 gm mentega
  • 3/4 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji kuning telur
  • 250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
  • 2 cwn tepung naik sendiri
  • Mangkuk kertas
  • Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil -rosaliza guna coklat cips
Cara-Cara 
  1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.
  2. Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi...setelah itu masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas...gaul sebati guna senduk kayu je.
  4. Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.
  5. Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15 minit.
  6. Biarkan sejuk di redai biskut.

7 comments:

assalam liza..memang rangup dan sedap..akak dah buat
 
meh sebalang kak...
nak juga rasa sekut akak..he3
 
Dan berapa balang kuih rayanya Rosa...kita cuma satu je tart nenas ala-ala nona tu he hehehhe
 
baru je buat sejenis biskut.sabtu ni nak buat cornflakes gak la
 
nak sebalang..anta gi swak bleh?..
 
Mesti dah byk buat kuih raya kannn..
Jelezzz ni....sebab x buat kuih raya...
 
Ada lagi projek sekuk raya..cheq dah tutup kedai dah ngan sekuk ni nk stat meng'kek' lak..
Mesti budak2 suka ni ada coklat chips bagai.Kalau meniaga rugi ni guna coklat chips mahai hihi
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...