Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 12, 2024

KETUPAT SOTONG KELANTAN

 Assalamualikum dan selamat berpuasa buat semua umat Islam walaupun dimana saja berada. Hari ini 12.3.2024 hari pertama kita berpuasa.

Pgi ni ke Pasar ChowKit semata² nk beli sotong menu dessert pertama ramahdan ketupat Sotong. Maka mama rempit la dgn Eqa, Eqa masih lg bercuti. Minggu depan baru masuk belajar, x ada Eqa susah sikit Mama😁😁.



Nak di jadikan cerita, x sampai 5 minit perjalanan, boleh pula hand bag Eqa Terputus tali, melayang jatuh la handbag tu, nk berhenti susah juga jln 2 lorong, kereta byk dan x ada tempt yg sesuai untk berhenti, maka kami terus kedepan sikit baru ada kwsan selamat utk berenti dekat² Muzium Negara tu.

Dengan Tawakal pada Allah agar saya dan Beg Eqa Selamat. Menyusuri tepi² jln utk mencari Beg Eqa. Dlm 500 meter juga la. Masa tengah jln tu , ada nampak satu lelaki tgh ambil sesuatu,.lepas tu dia mcm pg ikut wrong way. Berdoa byk² masa tu.

Alhamdulillah, lepas dia nampak dr jauh org tgh mencari tu, dia dtg dekat saya, lps tu tanya kenapa. Alhamdulillah, Allah temukan dgn org yg baik. Semua barang² selamat kat dalam tetapi Handpone Eqa hancur teruk, x tau berapa tayar telah lanyak hp dia, lebih dr retak seribu dh. Kesian Eqa sedih byk dia. Semoga Allah gantikan dgn yg lebih baik buat Eqa.

Ingatkan Eqa lemah semangat x nk teruskan ke Chow Kit, Eqa ckp x apa kita pg jer la. Mama yg gigil kepala lutut,.dia ok je walaupun sedih byk.


Berbalik kepada Ketupat Sotong, alhamdulillah siap dh pun buat. Sotong agak mahal sikit dlm 24 - 30 sekilo. Tp saya bli yg 26 je dpt dlm 13 ekor mcm tu.  Saya lagi suka guna pulut yg siap di masak dr guna beras pulut. Mcm lambat sikit proses kalau guna beras pulut. Jadi kukus dulu pulut baru senang dan cepat.

KETUPAT SOTONG KELANTAN

Resipi : http://embunrosaliza.blogspot. my

1 kg Sotong bersihkan dan.cabut kepala

1 cawan pulut, kukus sehingga masak ( kukus dlm loyang kemudian letak kan air paras2 pulut) 

2 keping Nisan Kelantan ( nak manis lg tambah 2 sudu besar gula ). Yg ni ngam² je manis dia

1 cawan santan ( kotak )

Secubit Garam

Lidi utk cucuk.

Daun pandan

CARA²

Sediakan pulut, sejukkan terlebih dahulu. 

Bersihkan Sotong dan cabut kepala dan buang dakwat ,serta gigi

Isikan pulut kedlm badan sotong kemudian letak kepala sotong di atas pulut dan cucuk dgn lidi

Susun daun pandan di dasar periuk.

Letakkan sotong yg siap di isi pulut.

Buat sampai habis

Masukkan satu cawan santan dan Nisan serta secubit garam.

Msk dengan api perlahan dan tutup periuk

Masak hingga kuah agak pekat.

Sejukkan dan siap.

Ini dah Siap 9 ke 10 ekor. Sotong agak besar
Saya buat dlm 10 ekor Sotong, ada lebih sikit pulut. X apa nnt kita mkn dgn kuah sotong tu pula.
Tunggu berbuka nanti
SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA BUAT SEMUA.





Thursday, March 7, 2024

KEK PISANG PALING SENANG

mula2 sebiji. Untuk buat makan2 yassin dan tahlil blok kami esok semperna sambut Ramadhan
Ada lbihan pisang 6 biji lg, guna juga 

 Assalamualaikum dan selamat malam buat semua. Sebelum terlupa resipi kek pisang yg paling mudah ini. Ala² buat cekodok je resipinya. 

Saya guna Cawan Acopal Biasa je ni. Alhamdulillah setakat buat x pernah x jadi lg. Elok je kejadiannya. Ada peminat setia kek pisang ni. 


KEK PISANG ALA2 CEKODOK

BY : EMBUNROSALIZA AKA SYAZALIZA

Bahan²

7 ke 8 biji Pisang Kapas @ apa² pisang yg sesuai utk Cekodok

1 cawan Gula

1 Cawan Minyak masak

1 sudu Teh Soda bikabonat

1 sudu teh baking powder

1 sudu teh Garam

1 Sudu Teh esen vanilla

2 biji telor AA kalau kecil guna 3 biji

2 Cawan tpg Gandum

CARA2

1. Lenyek pisang guna cawan

2. Kemdian masukan gula kacau²

3. Masukkan Gula, garam, soda bikabonat, baking powder, dan esen vanila. Gaul sebati

4. Masukan telor dan minyak msk, kacau²

5. Masukkan 2 cawan tepung gandum. 

6. Bakar 30  minit. Bergantung pd oven masing. Saya punya cukup 30 minit dh cukup msk dh.

Siapppp. Selamat mencuba


Yg ni buat masa 1.3.2024 bawa bekal blk kg sikit

Yg tengah tu mcm terlebih pisang, tp ada pengemar bahagian tengah tu. Mama suka bahagian tepi2 yg garing

Monday, February 19, 2024

SUMATERA BARAT PADANG DAN BUKIT TINGGI

 Assalamualikum semua, bersawang habis sudah blog suam² kuku kami ni, sekejap rajin sekejap mls. Okey masa tgh rajin ni nak juga la simpan kenangan kat sini, bukan boleh pg selalukan tmpt² mcm ni, kalau pg pun bukan setiap bulan dpt kesini. Pengalaman di tempat org.

Pada 27. Jan. 2024 - 30. Jan. 2024 kami 7 rakan ke sana , konon² meraikan rakan yg akan pencen nnt, cuba mencipta kenangan manis la.

Kami ber7 campur grup lain dlm 20 org, satu bas kecil. Seawal pukul 3am naik Bas di KL sentra ( bas bergerak lambat sikit dm 3.15mcm tu ) dan sampai di klia2 pukul 4. Serahkan pasport pd Agent kami pun lepak² dulu,. Kemudian check in luggage. Kami border dlm pukul 6.40. Mcm kalut sikit nk solat, masa ni subuh 6.17mcm tu. Ambil wuduk siap² sebelum Azan lg, kat ruang solat memang dh penuh org. Kami ber7 dan ada yg lain juga Solat di satu ruang terlindung. Alhamdulillah Allah permudahkan solat kami.

Perjalan dekat tiket 1jam 15 minit, kami gerak pukul 7.20 mcm tu, sampai di epot Minangkabau Padang 7.30 ( waktu indon ).  Memandanhkan kami gerak awal pgi kami pesan sarapan nasi lemak awal² lgi.

Kat epot kena isi dulu borang putih utk memaklumkan kita tinggal di hotel mana² selama berapa hari. AlhMdulillah kami selamat sampai walaupun ada satu tempat tu awan tebal sangat. Sesampai di sana Bas sudah sedia menunggu.

Kami di bawa ke satu restoren Ombak rindu ke apa utk sarapan x termasuk pakej. Kami dh kenyang , tp pesan juga murtabak Mesir, sama mcm murtabak kita juga rasanya, dan minum air jus Avacado ( terima kasih yg belanja )

Lepas tu kami meneruskan perjalananke Bukit Tinggi, tempat yg kami singgah air Terjun Lembah Anai. Biar lah gambar berbicara

Bas kami, pembantu buka pintu, tutup pintu Si Prata, Pemandu pelancong kami Anang di depan sana
Air Terjun Lembah Anai

Rumah Gadang

View dr Hotel Kartika Bukit Tinggi
Sawah padi bertingkat² di lereng bukit
Lembah Harau

Cantik tgk padi²
Minum kopi bancuh sdiri dan air teh daun durian belanda

Hari2 mkn nasi padang, tp kedai ni ikan dia sedap. Lauk² semua sedap²
Restoren atas kolam ikan
Kat depan tu dia jual ni, harga murah² 😁😁
Istana Pagar Ruyung. Bila ingat ni terus ingat lagu AyamdenLopeh
Empangan apa dh lupa nama. Jauh ya amat ke sini

Gunung merapi, duk lalu lalang keliling dia je, jauh dekat pusing² dia
Jam Gadang dekat atas tu Pasar Atas
Lubang Jepang. 
Tumpang posing je, mlm nk masuk
Puncak Lawang
Masjid besar amat di Padang
Jambatan Siti Norbaya kut
Malim Kundang

Mula² sampai















 4D3N
2malam di Bukit Tinggi, 1 malam ni Padang, hotel yg sama Kartika Hotel. Kami pg dgn pakej agak mahal sikit sebab tidak termasuk Luggage. Luggage 20kg rm120
Duit Tukar masa tu rm 301 bersamaan 1Juta Rupiah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...